9.30 malam – suasana masih meriah. Kebanyakan AJK KEMBARA KASIH (KEKASIH ’09) sibuk mengemas dan mempersiapkan barang-barang yang perlu dibawa ke negara Kemboja. Aku sudah bersiap untuk bertolak bersama pengetua kolej. Kami bertolak sehari lebih awal dari AJK lain untuk survey tempat baru di
10.00 malam – aku,abg adi dan pengetua kolej,Dr Firdausi Razali dalam perjalanan ke KL. Sepanjang perjalanan aku melelapkan mataku di dalam kenderaan. Tiada mood untuk berborak-borak bersama pengetua mahupun abg Adi.
Pukul 1 pagi – Alhamdulillah. Sampai juga di rumah aku di puncak Alam. Kami berehat seketika melepaskan letih dan penat. Abg adi malam tue tidak melelapkan mata kerana risau tidak mampu untuk bangkit semula..alasan yang boleh diterima!
Pukul 5.30 pagi – Alhamdulillah. Kami dah check in di LCCT. Sementara menunggu flight kami sampai,kami pergi solat subuh terlebih dahulu. Pagi tue kami terpaksa mengosongkan perut kami untuk beberapa jam sebelum sampai di Siem Riep,Kemboja. Alhamdulillah,dapat berjumpa pelajar UIA,Syukri. Dia anak kelahiran Kemboja. Kami menaiki satu flight yang sama.
Pukul 7.15 pagi – Kami berada di dalam perut kapal terbang Air Asia. First time menaiki kapal terbang. Gemuruh rasanya. Tiada yang hebat sangat dalam kapal terbang tue. Macam naik bas ekspress je. Seat agak padat. Maklum la kapal terbang tambang murah. Tak boleh la nak komen lebih-lebih. Alhamdulillah,kami selamat berlepas. Pemandangan dari atas sangat cantik pada waktu pagi.
Pukul 9.15 pagi – Alhamdulillah,selamat sampai di lapangan terbang Siem Riep,Kemboja. Suhu waktu tue,21 Celcius. Agak sejuk. Negaranya berangin sejuk. Sampai saja di
Pukul 10.00 pagi – setelah makan sarapan di restoran
Pukul 12.00 tghari – Syukri terpaksa berpisah dengan kami kerana niatnya untuk pulang ke rumah di Kampung Cham. Kami sangat menghargai jasanya kerana banyak menolong kami ketika kami sampai di siem riep. Setelah menghantar Syukri di stesen bas,aku dan Dr. Firdausi sama-sama menuju ke Angkor Wat,salah satu tempat yang wajib dilawati apabila sampai di Kemboja. Berbagai-bagai bentuk bangunan dapat dilihat disana. Gambar-gambar sejarah yang diukir di dinding-dinding bangunan mengambarkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada suatu masa yang lampau.
Pukul 5 petang – setelah makan bersama mufti kemboja di salah satu restoran bersebelahan dengan masjid an-nikmah,kami sempat singgah sebentar di perkampungan melayu champa. Niat sebenar adalah untuk melihat matahari terbenam di satu kawasan di siem riep. Tapi kami terpaksa menguburkan hasrat tue kerana waktu sudah terlalu lambat.
Pukul 7 malam – kami selamat sampai di hotel penginapan kami. Dr. Firdausi masih berminat berjalan-jalan di sekitar kawasan Bandar siem riep. Aku hanya mampu duduk di bilik penginapan kerana keletihan berjalan-jalan satu hari bersama pengetua tidak henti-henti melihat keindahan dan sejarah Negara Kemboja. Tanpa ku sedari,mataku sudah terlelap.
.jpg)
.jpg)
.jpg)